Lawatan Ybhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian (Sub), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Ke IR4.0 Competence Centre, AIBIG  New

IR4.0 Competence Centre, AIBIG telah menerima lawatan daripada YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian (SUB), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Lawatan ini bersempena dengan Majlis Pelancaran Program Rancangan Realiti TV MoHE Star Biz Challenge - Taikun Muda dengan kerjasama Alhijrah Media Corporation (TV Alhijrah) yang mana Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) telah dilantik oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menyelaraskan penganjuran program ini.