Perbincangan awal berkenaan kerjasama MOU di antara UMK dan TerraDrone  New

Satu sesi perbincangan telah diadakan pada bulan November diantara Pengarah AIBIG, Ybrs. Dr. Akmal Bin Remli bersama beberapa orang wakil syarikat TerraDrone iaitu En Firdaus, En Izwan dan En. Elingeishwaran. Perbincangan ini memfokuskan tentang kerjasama yang akan dijalankan bersama TerraDrone melalui Memorandum Persefahaman (MOU). Antara objektif untuk ikatan MOU ini adalah untuk mengadakan kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan berkaitan dengan teknologi dan perkhidmatan drone.

Halatuju kerjasama ini adalah berkaitan:
i. Kerjasama dalam permohonan geran penyelidikan dan geran-geran lain yang memerlukan kolaborasi pihak industri bersama UMK
ii. Penganjuran aktiviti seperti ceramah umum tentang keupayaan teknologi drone serta peluang penglibatan dalam perkhidmatan drone.
iii. Memberi latihan dron kepada pelajar dan pensyarah UMK dalam penggunaan teknologi Terra Drone



“There is no end to education. It is not that you read a book, pass an examination, and finish with education. The whole of life, from the moment you are born to the moment you die.”