PELANCARAN PROGRAM CODE; WITHOUT BARRIERS: KERJASAMA UMK DAN MICROSOFT DI PERINGKAT ASIA PASIFIK  New

Microsoft dan Universiti Malaysia Kelantan serta 13 lagi organisasi lain berkerjasama dalam menjalankan program Code; Without Barriers yang melibatkan sembilan negara Asia Pasifik untuk membantu merapatkan jurang jantina dalam bidang pengkomputeran awan (cloud computing), Kepintaran Buatan (Artificial Intelligence) (AI) dan teknologi digital. Program ini telah dilancarkan secara maya

Masa : 2.00pm - 3.00pm
Tarikh : 30 September 2021 (Khamis)
Youtube link : https://www.youtube.com/watch?v=Hq-59xbsJAM

Program ini telah melibatkan pelbagai industri seperti industri pendidikan, tenaga, perkhidmatan kewangan, sektor awam dan teknologi. Beberapa buah negara terlibat termasuklah Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam, Thailand, Filipina, Korea Selatan, Sri Lanka dan Bangladesh.


Melalui program ini, Microsoft menyediakan kemahiran dan pensijilan dalam bidang awan (cloud) dan AI, beberapa siri perkongsian bersama Mentor di setiap organisasi bersama Microsoft, pameran kerjaya serta penganjuran hackathons dalam memupuk dan membangunkan bakat kumpulan teknikal dan usahawan wanita di negara Asia Pasifik.


Menurut Dr. Hasyiya Karimah Adli, yang merupakan peneraju Program Code; Without Barriers di peringkat UMK dan Panel semasa Majlis Bersama Media dan Pakar Analisis pada 23 September 2021, program ini akan menyediakan platform dalam merapatkan jurang jantina dalam ekosistem IR4.0. Dengan adanya fasiliti IR4.0 Competence Centre di UMK yang berfungsi sebagai pusat latihan persijilan profesional untuk melahirkan lebih ramai graduan UMK berkemahiran digital dalam bidang teknologi dan AI akan dilaksanakan.


Dengan menghadiri latihan ini, graduan berpeluang untuk memperolehi sijil Profesional Microsoft, bersedia dalam memanfaatkan teknologi terkini seperti AI, Internet of Things, Cloud Computing, Big Data Analytics, berfikiran inovasi dan mampu menyelesaikan masalah industri sebenar dan seterusnya meningkatkan kebolehpasaran graduan UMK. Ini membolehkan pembangun, pakar pengaturcara, dan bakat teknikal lain di kalangan wanita menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang inklusif.


Maklumat lanjut berkenaan program: Code; Without Barriers launch update for the community

“There is no end to education. It is not that you read a book, pass an examination, and finish with education. The whole of life, from the moment you are born to the moment you die.”