INSTITUTE FOR ARTIFICIAL INTELLIGENCE AND BIG DATA

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)
  • ABOUT US
    Introduction From Director Desk Vision, Mission & Objectives Achievement Policies Eksa subzone
    GROUP
    Team Research Members Visiting Fellow / Professor
    PROGRAMS
    Internship Postgraduate (Master & PhD) Post-Doctoral
    COMPETITION▾
    Ai Ideathon
    TRAINING▾
    Schedule Short Course AI Chatbots with LLM AIBIG Short Course IOT Workshop Professional Certificate University Courses AI Bootcamp
    R & D
    Research @ AIBIG COVID-19 Grant Publications Collaboration MoU / MoA
    NEWS AND EVENTS
    Buletin Meeting News Forum Seminar Conference
    ANNEX
    Events Download
    EKSA▾
    IMAGE GALLERY VIDEO GALLERY
    FACILITY▾
    IR 4.0 Competence Centre Workspace Equipment IOT
    CONTACT
Home Training Ideathon

Artificial Intelligence Ideathon 2023





AI Ideathon

PENGENALAN

Artificial Intelligence Ideathon merupakan program dwitahunan yang dianjurkan oleh Institut Kecerdasan Buatan dan Data Raya (AIBIG), Universiti Malaysia Kelantan. Program ini direka untuk memupuk budaya kreatif dan inovasi dalam kalangan pelajar Malaysia, dengan menyediakan platform untuk mereka mempamerkan bakat dan kepintaran mereka dalam bidang inovasi kecerdasan buatan. AI Ideathon 2023 lebih daripada sekadar pertandingan - ia adalah platform untuk pembelajaran, kerjasama dan rangkaian. Peserta akan bekerja dalam pasukan dan mencadangkan penyelesaian kepada masalah dunia sebenar. Peserta berpeluang mempamerkan kemahiran mereka, mempelajari ilmu baharu dan menghasilkan idea projek dunia sebenar yang berpotensi memberi kesan positif kepada masyarakat. Peserta yang terpilih ke peringkat seterusnya akan berpeluang menghadiri bengkel dan sesi mentoring dengan pakar profesional/industri dalam bidang kecerdasan buatan yang boleh membawa kepada peluang kerjaya pada masa hadapan.

JOM DAFTAR!
akmal
  • Daftar penyertaan dengan imbas kod QR atau terus ke https://tinyurl.com/Ai-Ideathon2023
  • Tarikh tamat pendaftaran :

    31 Ogos 2023

  • Muat turun format penyerahan idea.
  • Yuran penyertaan : PERCUMA
  • Penyertaan : Berkumpulan; maksimum 4 orang termasuk seorang guru pengiring
TEMA
  • A
  • B
  • C
  • D
TARIKH PENTING
15 NOVEMBER 2023

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN DAN PENYERAHAN IDEA

15 DISEMBER 2023

PENGUMUMAN SENARAI PENDEK BAGI 10 IDEA TERBAIK UNTUK SETIAP KATEGORI

1 JANUARI 2023

BENGKEL KEMAHIRAN AI

7 JANUARI 2023

SESI BERSAMA MENTOR

9 JANUARI 2023

PEMBENTANGAN AKHIR AI IDEATHON

10 JANUARY 2023

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

SKOP PROGRAM
  1. Program akan dijalankan secara atas talian sepenuhnya (tertakluk kepada perubahan).
  2. Setiap kumpulan dibenarkan menghantar hanya SATU idea untuk SATU kategori sahaja. Tiada pindaan idea dibenarkan selepas pendaftaran dibuat.
  3. Para juri akan memilih 10 idea terbaik sebagai finalis bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Finalis akan dihubungi melalui emel dan senarai lengkap finalis akan disiarkan di https://aibig.umk.edu.my/ideathon
  4. Finalis diwajibkan menghadiri bengkel kemahiran AI yang diadakan oleh pihak penganjur. Finalis yang gagal menghadiri bengkel akan ditarik balik kelayakan secara automatik tanpa sebarang notis.
  5. Finalis akan diberi masa dua (2) hari untuk menambah baik idea, menambah pengetahuan/kemahiran serta menyelidik masalah idea dengan bantuan mentor.
  6. Finalis diminta membentangkan idea yang telah dimantapkan pada sesi terakhir iaitu pembentangan akhir (pitching session).
  7. Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang perkakasan/ perisian untuk pertandingan ini.
PENYERAHAN
  • Idea perlu dihantar menggunakan borang pendaftaran yang telah disediakan.
  • Dokumen yang dilampirkan perlu mengikut format yang diberikan.
TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN
  1. Penyertaan adalah PERCUMA.
  2. Pertandingan ini adalah untuk pelajar berumur 13 hingga 16 tahun. Setiap kumpulan terdiri daripada maksimum 3 orang pelajar, termasuk seorang guru/ibu bapa sebagai penasihat kumpulan.
  3. Setiap kumpulan perlu mempunyai guru penasihat yang berperanan untuk mendapatkan bimbingan dan panduan dalam penyediaan proposal dan projek idea. Namun, penasihat tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang pembentangan.
  4. Semua peserta haruslah boleh berkomunikasi, memahami dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
  5. Jawatankuasa Penganjur berhak menerima atau menolak penyertaan tanpa penjelasan.
  6. Keputusan Juri adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana peserta.
  7. Sebarang kos yang terlibat seperti peralatan, kemudahan penginapan, pengangkutan, dan kos-kos lain dalam menyediakan proposal idea adalah di atas tanggungan masing-masing.
  8. Penganjur berhak meminda skop program, syarat dan peraturan dari masa ke semasa tanpa perlu memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu.
  9. Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang insiden seperti kesesakan rangkaian internet, masalah kesihatan, kehilangan, kerosakan dan kerugian yang dialami sepanjang program dijalankan.
  10. Sebarang pelanggaran syarat akan dibatalkan penyertaan serta merta.

Last updated:

    Contact


  • Address : Institute for Artificial Intelligence & Big Data,
    Universiti Malaysia Kelantan, City Campus, Pengkalan Chepa,
    16100 Kota Bharu, Kelantan

  • Phone : (+609) 771 7177

  • Email : aibig@umk.edu.my

Follow us



© 2025 Institute for Artificial Intelligence & Big Data. All Rights Reserved. Disclaimer   |   Privacy & Security Policy