Artificial Intelligence Ideathon merupakan program dwitahunan yang dianjurkan oleh Institut Kepintaran Buatan dan Data Raya (AIBIG), Universiti Malaysia Kelantan. Program ini direka untuk memupuk budaya kreatif dan inovasi dalam kalangan pelajar Malaysia, dengan menyediakan platform untuk mereka mempamerkan bakat dan kepintaran mereka dalam bidang inovasi kecerdasan buatan. AI Ideathon 2023 lebih daripada sekadar pertandingan - ia adalah platform untuk pembelajaran, kerjasama dan rangkaian. Peserta akan bekerja dalam pasukan dan mencadangkan penyelesaian kepada masalah dunia sebenar. Peserta berpeluang mempamerkan kemahiran mereka, mempelajari ilmu baharu dan menghasilkan idea projek dunia sebenar yang berpotensi memberi kesan positif kepada masyarakat. Peserta yang terpilih ke peringkat seterusnya akan berpeluang menghadiri bengkel dan sesi mentoring dengan pakar profesional/industri dalam bidang kecerdasan buatan yang boleh membawa kepada peluang kerjaya pada masa hadapan.
31 Ogos 2023
TARIKH TUTUP PENDAFTARAN DAN PENYERAHAN IDEA
PENGUMUMAN SENARAI PENDEK BAGI 10 IDEA TERBAIK UNTUK SETIAP KATEGORI
BENGKEL KEMAHIRAN AI
SESI BERSAMA MENTOR
PEMBENTANGAN AKHIR AI IDEATHON
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH